Sunday, 24 October 2010

CTU 551




TAJUK:

Kegiatan Masjid Di Kampung Saya,
Kampung Kuala Dura,
Kuala Berang,
Hulu Terengganu.

DISEDIAKAN UNTUK:

Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU 551

DISEDIAKAN OLEH:


Fatimah Ab Hamid
2010651964
AS225

ISI KANDUNGAN

BIL.
PERKARA
1
  ABSTRAK
2
  PENDAHULUAN
3
  MASJID
  3.1
       Konsep
  3.2
       Latar Belakang
  3.3
       Organisasi
  3.4
       Kemudahan
  3.5
       Kegiatan
  3.6
       Masalah dan cadangan
6
  PENUTUP
5
  BIBLIOGRAFI

ABSTRAK


Masjid merupakan salah satu tempat perlindungan daripada pelbagai ancaman. Selain itu masjid juga merupakan tempat yang dimuliakan oleh Allah. Oleh itu kita seharusnya mengimarahkan masjid dengan sebaiknya dengan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti kerohanian untuk menarik minat orang ramai supaya mereka lebih mendekati tempat mulia yang juga merupakan rumah Allah ini. Masjid bukan sahaja berperanan sebagai tempat melakukan ibadat wajib tetapi juga mempunyai peranan lain dari sudut ekonomi, pentadbiran dan sebagainya.
Masjid pada zaman dahulu digunakan sebagai tempat untuk membincangkan hal-hal pentadbiran negara. Masjid ialah tempat untuk orang Islam berkumpul bagi menunaikan solat berjemaah bersama-sama lantas mengeratkan ikatan silaturrahim yang terjalin sejak sekalian lama. Masjid juga dijadikan tempat perlindungan bagi kaum Hawa semasa peperangan berlaku. Hal ini kerana Masjid merupakan tempat suci yang dilindungi Allah.


PENDAHULUAN


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang telah menciptakan langit dan bumi.Tuhan sekalian makhluk yang Maha Mengetahu lagi Maha Bijaksana. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. serta ke atas para sahabat baginda. Mudah mudahan kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang sentiasa diberi hidayah oleh Allah.
Bismillahirrahmanirrahim. Tajuk yang telah saya pilIh untuk kerja kursus kali ini ialah ‘Kegiatan Masjid Di Kampung Saya Dalam Pendidikan Islam’. Semenjak zaman awal penyebaran Islam lagi. Ilmu dan pendidikan telah bermula di masjid. Pada zaman Rasulullah sehingga zaman para sahabat, terdapat banyak masjid dibina bagi tujuan pendidikan dan dakwah Islamiyah selain daripada pusat ibadah,pentadbiran dan ekonomi. Masjid telah menjadi pusat  tumpuan mengembangkan agama Islam yang lebih efektif.

MASJID


*                      KONSEP



Pengertian masjid dari segi bahas adalah berasal dari perkataan arab “masjid” yang membawa maksud tempat untuk bersujud. Manakal mengikut makna dari segi agama pula masjid diertikan sebagai tempat khusus untuk solat  jemaah dan pelbagai kegiatan kerohanian yang lain.
Permulaan di mana-mana kawasan bermasyarakat sepatutnya bermula dengan menetukan tempat strategik bagi pembinaan masjid. Ini dapat kita lihat melalui sirah Rasulullah S.A.W yang menentukan tapak pembinaan masjid Quba’ sebaik sahaja hijrah Baginda dari Makkah sampai ke Madinah. Ini melambangkan asas pembinaan masjid sangat penting dalam menyatukan ummah. Jika dilihat pada hari ini, pembinaan sesebuah masjid adalah berpusat pada tempat yang menjadi perhatian orang ramai contohnya di pusat  bandar .
Rasa kecintaan terhadap masjid haruslah disemai dalam diri setiap individu muslim. Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Barangsiapa yang menbangunkan masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membangunkan baginyaa yang semacam di dalam syurga”. Maka kita hendaklah menjadi individu muslim yang sentiasa memartabatkan masjid.





*                      LATAR BELAKANG



Masjid yang telah saya pilih untuk melengkapi kerja kursus ini ialah Masjid Kampung Kuala Dura yang terletak di Kuala Berang. Saya telah memilih masjid ini kerana masjid ini terletak di kampung tempat saya tinggal dan membesar. Masjid ini juga telah menjadi kebanggaan warga kampung saya kerana masjid ini merupakan antara masjid yang mempunyai infrastruktur yang bagus di dalam dun kami iaitu dun Telemong.Masjid ini terletak ditengah-tengah kampung dan dikelilingi oleh rumah kediaman. Di tepi masjid adalah sebuah sekolah rendah dan masjid ini terletak di tepi jalan dan mudah dilihat orang. Selain itu,pada setiap hari isnin pula,terdapat pasar malam di tepi masjid in. Kedudukan masjid adalah sangat strategik kerana di sekelilingnya terdapat pelbagai tempat tumpuan orang kampung seperti kedai dan sebagainya.
Masjid ini pada asalnya adalah merupakan sebuah surau kayu yang dibina pada tahun 1960 an. Surau yang mempunyai lantai papan itu dianggarkan sepanjang 50 kaki lebar dan 60 kaki panjang. Surau ini hanya dapat memuatkan lebih kurang 80 orang jemaah sahaja. Pada tahun 1980 an, ekoran daripada pertambahan penduduk kampung, ahli jawatankuasa surau lama telah membuat permohonan untuk meluaskan kawasan surau dan dinaik tarafkan sebagai masjid. Permohonan tersebut telah diluluskan oleh pihak Kerajaan dan orang kampung telah bergotong-royong bagi membina sebuah masjid baru yang lebih selesa untuk kegunaan orang ramai. Masjid yang baru telah dibina di tapak surau lama dan masjid ini dapat memuatkan seramai 300 orang jemaah.
Hari demi hari perubahan demi perubahan berlaku ke atas struktur masjid dan menjadikan masjid semakin indah sehinggalah sekarang. Masjid ini adalah hasil titik peluh orang-orang kampung terdahulu untuk kepentingan bersama dan dapat mereka menikmati kemudahannya sehingga hari ini.



*                    ORGANISASI



Tugas-tugas berkaitan masjid dikelola dan diuruskan oleh ahli jawatankuasa masjid yang telah dilantik. Ahli jawatankuasa telah dilantik oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri.  Ahli jawatankuasa masjid berperanan memantau aktiviti-aktiviti masjid dan mencari atau menyumbang idea bagi menarik minat orang ramai untuk lebih berminat untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti masjid. Selain itu, ahli jawatankuasa juga bertugas untuk membuat jadual tugasan bagi sistem giliran  imam dan bilal. Mereka juga berperanan untuk membersihkan masjid dan menjaga keamanan masjid.
Ahli jawatankuasa akan membuat mensyuarat sebanyak 2 hingga 3 kali sebulan bagi membincangkan perkembangan  kegiatan di masjid dan merancang hal-hal yang berkaitan masjid. Ahli-ahli jawatankuasa layak bersuara untuk memberikan pendapat masing- masing di dalam setiap mensyuarat yang dijalankan.
Ahli jawatankuasa terdiri daripada 15 orang. 12 orang  daripadanya ialah muslimin dan selebihnya ialah muslimat. Terdapat  3 orang imam dan 3 orang bilal yang dilantik bagi melancarkan kegiatan masjid. Imam dan bilal telah dilantik oleh mufti. Imam berperanan sebagai mengetuai solat jemaah lima waktu dan memberi tazkirah selepas solat. Imam juga diberi elaun daripada kerajaan negeri. Bilal pula diberikan tugas untuk azan pada setiap masuk waktu solat.
Ahli jawatankuasa masjid dibahagikan mengikut biro-biro. Antara biro-biro yang terdapat ialah biro dakwah, biro kebajikan, biro keselamatan dan biro kebersihan. Biro-biro yang telah dilantik melalui Mesyuarat  Agung harus menjalankan peranan mereka masing- masing.Jawatan mereka akan terlucut secara automatik jika didapati mereka tidak menjalankan tugas mereka. Biro- biro juga diwajibkan untuk mengaktifkan diri mereka di dalam setiap aktiviti yang dijalankan di masjid.

JAWATAN
NAMA
Penasihat
Abdul Wahab B. Abas
Pengerusi
Ismail B. Majid
Tim. Pengerusi
Zulkifli B. Ahmad
Setiausaha
Kamaruddin B. Mohd
Bendahari
Mamat  B.Endut
AJK
Abdul Rashid B. Omar

Ghazali B. Abdullah

Mamat B. Mat Jalil

Mat  Arek B. Yusof

Yusof B. Mat Tahil

Fatimah Bt  Ali

Zaharah Bt Omar

Rabiah Bt Tahir
Pemeriksa Kira-Kira
Othman B. Isa

Harun B. Hamzah













*                    KEMUDAHAN MASJID



Kemudahan-kemudahan yang disediakan di masjid kampung bertujuan memberi keselesaan kepada penduduk kampung. Antara kemudahan-kemudahan yang di dapati di masjid kampung ini ialah:

1.   Tempat letak kenderaan
·        Terdapat dua garaj yang dibina bagi memudahkan penduduk yang membawa kenderaan untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan masjid
·        Garaj batu baru siap dibina dan dapat memuatkan lebih banyak kenderaan

2.   Stor  simpanan
·        Stor ini digunakan untuk menyimpan peralatan gotong-royong seperti kereta sorong,alatan pertukangan dan sebagainya.
·        Digunakan juga untuk menyimpan peralatan kenduri seperti pingkan mangkuk, periuk-periuk besar dan lain-lain lagi.

3.   Tandas
·        Terdapat dua tandas. Satu untuk muslimin dan satu lagi di bahagian muslimat
·        Tandas dijaga dengan rapi dan kebersihannya sentiasa dipantau.
4.   Tempat wudhu’
·        Dua tempat wudhu’ disediakan. Satu bahagian muslimin dan satu di bahagian muslimat.
·        Tempat wudhu’ sangat bersih dan selesa untuk digunakan.

5.   Tempat rehat
·        Kerusi batu tempat berehat duduk sediakan di sekeliling masjid.
·        Biasanya dijadikan tempat beristirehat  dan perbincangan.
·        Tempat kanak-kanak mengulangkaji pelajaran hujung minggu kerana suasananya yang selesa terutamanya pada waktu pagi.

6.   Pondok tempat mengaji
·        Terletak di tepi pagar kawasan masjid
·        Dijadikan tempat kanak-kanak belajar mengaji al-Quran serta mempelajari ilmu-ilmu berkaitan dengan al-Quran.

7.   Sudut bacaan
·        Terdapat banyak info-info aktiviti masjid yang disediakan di sudut belakang di dalam masjid.
·        Terdapat juga info-info islam seperti tokoh-tokoh islam yang agung, isu-isu semasa berkenaan islam serta tamadun-tamadun islam pada masa dahulu yang turut di sediakan di sudut bacaan.
·        Buku-buku kerohanian serta kitab-kitab lama turut di letakkan di ruangan ini. 

Kemudahan yang disediakan dijaga dengan baik olehahli  jawatankuasa masjid. Setakat ini, tiada vandalisme yang berlaku di masjid. Kemudahan-kemudahan terjaga dengan rapi setakat ini.
Selain daripada kemudahan yang selesa, masjid kampung saya juga terdapat  lanskap yang menarik. Terdapat taman-taman bunga disekeliling masjid. Tempat rehat juga dibina disekeliling masjid. Tempat rehat ini dibina oleh Akademi Binaan Malaysia, sebuah institusi pembinaan yang berdekatan dengan kawasan kampung saya. Mereka telah mencurahkan idea ddan tenaga untuk mencantikkan masjid kampung kami.

*                    KEGIATAN


Semestinya setiap masjid mempunyai aktiviti-aktiviti tersendiri yang diadakan untuk pengisian rohani. T anpa aktiviti-aktiviti keagamaan yang diadakan, pasti sesebuah masjid tidak akan hidup dan tidak diimarahkan. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti kerohanian telah diadakan di masjid kampung saya. Antaranya :

§  Solat berjemaah lima waktu pada setiap hari
-      Solat berjemaah merupakan antara aktiviti wajib yang diadakan di masjid ini. Solat berjemaah akan diimamkan oleh imam mengikut sistem giliran begitu juga dengan bilal.

§   Tazkirah dan ceramah
-tazkirah ringkas akan diadakan pada setiap malam selepas Maghrib dan setiap pagi selepas Subuh dan disampaikan oleh imam yang bertugas.
- setiap  dua minggu sekali pula, ceramah atau kuliah agama akan diadakan dan disampaikan oleh penceramah khas dari pejabat agama.

-      Ceramah khas pada bulan-bulan tertentu juga diadakan seperti pada bulan Muharram terdapat ceramah Maal Hijrah. Pada bulan Rabiulawal, diadakan ceramah Maulidurrasul. Pada bulan Rejab pula akan diadakan ceramah Israk Mikraj dan pada bulan Ramadhan akan diadakan ceramah Ramadhan. Ceramah-ceramah ini diadakan sebanyak tiga kali dalam bulan-bulan yang terlibat.

§  Sembahyang hajat besar-besaran
-      Kebiasaannya aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mendoakan para pelajar yang mengambil peperiksaan pada tahun tersebut seperti peperiksaan UPSR, PMR,SPM,STPM, peringkat universiti dan sebagainya. Pendudk kampung akan mengadakan solat hajat secara berjemaah bagi mendoakan kejayaan para muslimin.

§  Program bersama AADK
-Program ini diadakan pada setiap tahun bagi memberi kesedaran kepada penduduk kampung terutamanya remaja tentang bahayanya dadah. Program ini akan diadakan oleh pegawai AADK yang terlibat.
§  Kelas fardhu ain dan mengaji al-Quran
-      Aktiviti ini dijalankan pada hujung minggu iaitu pada hari Jumaat bermula dari pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah bagi meningkatkan ilmu fardhu ain di kalangan penduduk kampung serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mempelajari ilmu al-Quran.

§  Aktiviti bulan Ramadhan
-      Akan diadakan sembahyang tarawih secara berjemaah selepas solat  Isyak berjemaah.
-      Jamuan ringkas turut diadakan selepas solat tarawih.
-      Setiap minggu pula akan diadakan majlis berbuka  secara berjemaah. Para jemaah yang hadir akan dijamu dengan pelbagai juadah berbuka puasa yang disediakan oleh pihak muslimat.
-      Pada setiap dua minggu sekali penduduk kampung akan bergotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk kampung.
-      Qiyamullail  juga dijalankan dengan semakin giat terutamanya pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.

§  Gotong-royong
-       Membersihkan kawasan masjid akan diadakan pada setiap bulan. Biro kebersihan akan mengagihkan kawasan yang perlu penduduk bersihkan. B iro kebersihan akan memantau setiap kawasan yang dibersihkan bagi memastikan kebersihan masjid terjaga. Gotong –royong bukan sahaja melibatkan muslimin tetapi juga muslimat  kerana mereka perlu menyediakan juadah selepas aktiviti gotong-royong berakhir.

§  Membuat bubur Asyura
-      Pada bulan Muharram, aktiviti mengacau bubur Asyura akan dijalankan secara bergotong-royong. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang akan dilakukan oleh penduduk kampung pada setiap tahun. Melalui aktiviti ini, penduduk dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka.Bubur Asyura akan diagihkan kepada penduduk kampung setelah siap dikacau dan dibungkus. Biro kebajikan bertanggungjawab untuk mencari tajaan bagi menjalankan aktiviti ini.


*                    MASALAH YANG DIHADAPI


Seperti kebanyakan masjid yang lain pasti terdapat sedikit sebanyak masalah yang dihadapi. Antara masalah yang dihadapi oleh pihak masjid di kampung saya ialah:
1.    Kekurangan bahan bacaan
-      Bahan bacaan kerohanian yang terdapat di masjid telah lama dan terlalu sedikit. Banyak buku-buku yang telah dimakan anai-anai. Selain itu, bahan bacaan juga tidak tersusun dengan kemas. Bahan bacaan juga kurang menarik perhatian para jemaah.

2.   Kehilangan wang tabung masjid
-      Terdapat penduduk kampung yang tidak bertanggungjawab mencuri tabung masjid untuk kepentingan diri sendiri. Wang tersebut merupakan wang yang disedekahkan oleh para jemaah untuk kegunaan pengubahsuaian serta pembaharuan masjid. Kehilangan wang tersebut menyebabkan banyak aktiviti pengubahsuaian masjid tergendala. Hal ini menyebabkan tahap pengubahsuaian masjid tidak tercapai sepenuhnya.

3.   Tempat meletakkan kenderaan yang tidak mencukupi
-      Masalah yang sering berlaku semasa solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha ialah tempat meletakkan kenderaan yang tidak mencukupi. Hal ini berlaku kerana ramai orang pulang ke kampung halaman masing-masing dan mengambil peluang untuk menunaikan solat sunat tersebut di kampung sendiri. Akibatnya berlaku kesesakan lalu lintas dan membahayakan kanak-kanak yang berjalan kaki.


*                    CADANGAN


1.   Penambahan bahan bacaan di sudut bacaan
§  Biro Kebajikan perlu sentiasa peka tentang isu-isu semasa yang sedang berlaku di sekeliling kita supaya dapat memberikan informasi terkini kepada penduduk kampung.
§  Selain itu, Biro Kebajikan perlu sentiasa menukarkan buku serta bahan-bahan ilmiah di sudut bacaan pada setiap minggu. Buku-buku serta bahan-bahan bacaan tersebut perlulah menarik dan sesuai untuk setiap peringkat umur.

2.   Kecurian wang Tabung Masjid
§  Biro Keselamatan bertanggungjawab  untuk menyediakan tabung yang lebih berkualiti. Ahli jemaah juga perlu peka dan ambil berat  terhadap tabung tersebut .
§  Tabung tersebut perlu disimpan di tempat yang agak tersembunyi  dan hasil dermaan yang diterima  perlu disimpan dengan segera.
3.   Menambahkan tempat parkir kenderaan
§  Tempat parkir kenderaan perlu ditambah supaya dapat menampung bilangan kenderaan yang semakin bertambah terutamanya pada musim perayaan Islam.

PENUTUP


          Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia Nya maka kerja kursus ini akhirnya dapat sisiapkan dengan jayanya pada tarikh yang ditetapkan mengikut kriteria yang telah digariskan. Berdasarkan temu ramah dan pemerhatian saya, dapat saya simpulkan bahawa masjid merupakan tempat suci umat Islam yang dimuliakan oleh Allah. Menjadi tugas setiap individu Muslim untuk mengimarahkan dan menghidupkan masjid dengan aktiviti-aktiviti pengisian rohani. Generasi hari ini seharusnya mempunyai sifat kecintaan yang tinggi terhadap masjid dan menyemai minat untuk selalu berkunjung ke rumah Allah itu.
Sehubungan dengan itu,jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah CTU 551 Ustaz Abdul Aziz Harjin yang telah banyak memberikan tunjuk ajar semasa saya menyiapkan projek in. Tanpa tunjuk ajar dari beliau, saya mungkin tidak dapat menyiapkan kerja kursus in. Seterusnya penghargaan yang tidak terhinnga ini juga adalah buat En. Ismail Bin Majid , pengerusi ahli jawatankuasa masjid kampung saya. Beliau merupakan seorang yang sangat  berwibawa dan bermurah hati memberikan penerangan kepada saya tentang masjid di kampung. Selain itu ucapan terima kasih juga ditujukan buat ahli keluarga yang banyak memberukan sokongan dari segi moral dan material terutamanya kepada adik saya, Atiqah Ab. Hamid. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sebilik, Sya za Bazilah Alias dan Maisurah Mohamad yang telah banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini.
          Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf seandainya dalam menyiapkan kerja ini saya telah mengguris hati mana-mana pihak sama ada secara sengaja atau tidak.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

BIBLIOGRAFI


v  En. Ismail Bin Majid
-pengerusi jawatankuasa masjid kampung Kuala Dura
v Ab Hamid Mad Yahya
v Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka
v Wikipedia


No comments:

Post a Comment